Meniti Kasih Mengorak Cinta

Perkahwinan Nora & Azlan
30 & 31 Mei 2009 I Taman Ria, Sg.Petani

Lagi mandat diberikan kepada saya untuk merakamkan “Wedding Moment” untuk kedua belah pihak lelaki dan perempuan yang bertempat di Sg. Petani Kedah. Semoga kalian diberkati Allah selamanya serta bahagia ke akhir hayat…Insyaallah.

Saya juga bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, anda puas hati, saya gembira…

Nora_Azlan2WP

Nora_Azlan1WP

Nora_Azlan3WP

Nora_Azlan4WP

Nora_Azlan5WP

Cinta Kita

Zunyeka bt Mohamat Husain &Mahadzir bin Ishak

17 Mei 2009 I Permatang Pasir & Permatang Kerai, Kepala Batas.
ZunyekaWP

Zunyeka_Mahadzir3WP

Zunyeka_Mahadzir2WP

Zunyeka_MahadzirWP

Destinasi Kasih

Majlis Akad Izatullina & Abu Bakar
09 Mac 2009 l Sik, Kedah

Pakej Fotografi yang diambil oleh pasangan Abu Bakar dan Izatullina merupakan tiga serangkai, termasuk hari Akad, Majlis Resepsi pihak Izatullina dan juga Majlis Resepsi pihak Abu Bakar. Saya amat gembira berkerja bersama pasangan ini. Mereka amat sporting dan amat memahami tugas saya mengarah mereka demi untuk mendapatkan momen yang dapat memuaskan hati mereka. Di bawah merupakan beberapa snapshot yang dapat saya capturekan untuk tontonan umum dan juga saudara mara mereka.

img_1795

majlis akad

majlis akad

izzatullina_abu-bakar3

izzatullina_abu-bakar41

Majlis Resepsi Pihak Perempuan
15 Mac 2009

izzatullina_abu-bakar7

izzatullina_abu-bakar5

izzatullina_abu-bakar6

Majlis Resepsi Pihak Lelaki
21 Mac 2009

izzatullina_abu-bakar10

izzatullina_abu-bakar8

izzatullina_abu-bakar9

Kasih Untuk Kekasih

Majlis Resepsi Nurul Ain & Al Hadi l Sungai Jagung, Sungai Petani

25 Disember 2008 l 27 Zulhijjah 1429

Majlis Resepsi ini berjalan dengan hujan renyai-renyai yang turun sepanjang hari, bermula dari saat majlis bermula hingga ke malam hari. Namun, ini tidak menghalang kemeriahan majlis ini berlangsung. Malah tetamu yang datang juga sentiasa ramai, memeriahkan majlis bersejarah buat Nurul Ain dan Al Hadi. Sekalung tahniah buat kalian berdua!!

nurul-ain_alhadi-2

nurul-ain_alhadi-3

nurul-ain_alhadi-1

Saujana Kasih Indera Kayangan

Majlis Resepsi Siti Halijah & Mashizam l Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan

20 Disember 2008 l 22 Zulhijjah 1429

siti-halijah1

siti-halijah2

siti-halijah3

Untuk Teman

Majlis Resepsi Faizah & Mohd Zulkifle l Jitra, Kedah

Post ni istimewa untuk teman “sepengajian”, tapi bukan “seperguruan”!! Anyway,  saya nak ucap tahniah di atas perkahwinan yang berlangsung…. Semoga kekal ke anak cucu…. Erm… kata nak buat “Out Door“, jadi ker?? Jangan lambat sangat ya…. nanti “lain” jadinya…. ;-)

Ni antara “Snapshot” pic kalian….

faizah1

faizah2

faizah3

Lautan Bukan Pemisah

Majlis Resepsi Nor Hashida & Mainol l Kg. Aman, Kepala Batas.

Bak kata pepatah, “Ikan Di Laut, Asam Di Gunung”…. Begitu juga pertemuan Shida yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jodoh dengan Mainol, jejaka pilihannya yang berasal dari Negeri Di bawah Bayu… Lautan bukanlah pemisah…Jodoh pertemuan di tangan Allah Yang Esa….
Selamat Pengantin Baru untuk Nor Hashida dan Mainol, semoga berkekalan ke anak cucu… Insyaallah…

Sekadar Edit….

Sekadar Edit....Sekadar mengedit….. Soalnya, saya sekadar tag along dengan seorang lagi official photographer untuk majlis pasangan ini…. jadi di sini saya paparkan beberapa pilihan foto yang telah diMoment Capturekan

Fadhli & Nursafinas
wedding1

wedding2

wedding3

Detik Perkahwinan

Perkahwinan Yana & Fairus

Walaupun editing Majalah Pengantin mungkin agak lapuk atau clise, namun editing ini adalah antara paling popular dan menjadi permintaan pasangan-pasangan pengantin yang mengambil perkhidmatan foto sama ada berkonsep klasik mahupun custom, atau juga dikenali sebagai e-book.
Bagi Pasangan Yana dan Fairus ini, pengalaman memotretkan mereka amat menyeronokkan… Pasangan ini antara pasangan yang sporting. Dan di sini juga saya mengalami pengalaman yang tidak boleh saya lupakan, bila mana speedlite saya meletup!!
Bagi seorang jurugambar, sudah tentu situasi begini amat ditakuti. tambahan pula ketika itu saya tidak membawa speedlite tambahan….
Namun, Alhamdulillah, majlis ini tidak jauh dari rumah saya, jadi sempatlah saya “berlari” balik kerumah saya, dan semua masalah tadi dapat ditangani….Syukur….