Nanti….

Advertisements

Cinta Qhuzaitulshiha

Perkahwinan Noor Qhuzaitulshiha & Shahidan

05 Disember 2009 I Tanjung Putus, Permatang Pasir, Seberang Perai

Pasangan Qhuzaitulshiha atau lebih mesra di panggil Sha dan Shahidan yang sentiasa ceria sepanjang Majlis Resepsi mereka berlangsung. Saya tak lepaskan peluang “mengerjakan” mereka berdua dari hidangan makan beradat, hinggalah ke sesi outdoor. Yang penting…mereka puas hati…. Saya hanya menjalankan amanah…hehehe…Semoga kalian berdua dimurahkan rezeki sentiasa….Amin…

USM di Hatiku…

Konvokasyen Muhammad Jameel Mohamed Kamil

16 Ogos 2009 I USM Minden, Pulau Pinang

Ini merupakan kali ke-4 saya diamanahkan untuk mengabadikan kenangan konvokasyen USM. Kali pertama pada sesi ’06. Tapi pada kali ini, sedikit kelainan diminta oleh pelanggan saya, Muhammad Jameel, Graduan Pusat Pengajian Seni, dalam bidang “Industrial Design”  Beliau sendiri sangat artistik!! Saya amat selesa dan tumpang gembira ketika menjalankan sesi fotografi “outdoor” buat Jameel yang ditemani pasangannya. Romantis!!



Genggaman Kasih Untaian Sayang

Perkahwinan Ammar & Shera

26 Julai 2009 I Taman Guar Perahu

Pasangan Ammar dan Shera merupakan pasangan yang amat romantik dan sporting dengan karenah jurugambar, mereka lebih suka foto mereka diabadikan secara “candid”.

Ada perkara yang menarik terjadi saat pengantin tiba. Saya telah berbual dengan saudara Ammar lebih 3 minggu melalui telefon tanpa mengenali antara satu sama lain dan tidak juga berjumpa. Pada hari Majlis berlangsung, barulah saya tahu, rupanya Ammar adalah Junior saya sewaktu menuntut di SMKA Al Irshad dahulu…haha…keciknya dunia kan!! Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah pada pasangan Ammar dan Shera. Semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan rezeki yang melimpah ruah.

Saudara Afif Jafree bertugas sebagai juruvideo bersama saya menjalankan amanah yang telah diberikan di dalam majlis yang bersejarah buat pasangan ini.

Coming Soon 2010

2010 Booking

Memandangkan kesibukan yang teramat sangat…dan talian internet yang agak “kureng”… segala hupdet telah terlewat. Namun Update2 ini dalam proses. Namun Begitu…Untuk semua bakal Pengantin yang bakal melangsungkan Majlis Resepsi, Kenduri, Sanding, Akad, Pertunangan, Potret Pra Perkahwinan serta segala perkhidmatanyang berkaitan dengan fotografi, Wedding Moment kini telah membuka tempahan bagi sebarang majlis yang bakal berlangsung sepanjang 2010. Semoga 1431H dan 2010M lebih membawa Barakah dan memberi Sakinah buat kita semua…

Untuk tempahan yang dilakukan sepanjang Disember hingga 28 Februari, harga Pakej adalah mengikut pakej 2009. Senarai Pakej baru akan dibuka menjelang Mac 2010.

Salam Hijrah dari saya; Salam Tahun Baru….

Shabihan Ibrahim.

Izin Berwali

Majlis Akad Shakirah & Muhammad Fauzi

25 September 2009 I Penaga, Seberang Perai Utara



Meniti Kasih Mengorak Cinta

Perkahwinan Nora & Azlan
30 & 31 Mei 2009 I Taman Ria, Sg.Petani

Lagi mandat diberikan kepada saya untuk merakamkan “Wedding Moment” untuk kedua belah pihak lelaki dan perempuan yang bertempat di Sg. Petani Kedah. Semoga kalian diberkati Allah selamanya serta bahagia ke akhir hayat…Insyaallah.

Saya juga bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, anda puas hati, saya gembira…

Nora_Azlan2WP

Nora_Azlan1WP

Nora_Azlan3WP

Nora_Azlan4WP

Nora_Azlan5WP

Cinta Kita

Zunyeka bt Mohamat Husain &Mahadzir bin Ishak

17 Mei 2009 I Permatang Pasir & Permatang Kerai, Kepala Batas.
ZunyekaWP

Zunyeka_Mahadzir3WP

Zunyeka_Mahadzir2WP

Zunyeka_MahadzirWP

Destinasi Kasih

Majlis Akad Izatullina & Abu Bakar
09 Mac 2009 l Sik, Kedah

Pakej Fotografi yang diambil oleh pasangan Abu Bakar dan Izatullina merupakan tiga serangkai, termasuk hari Akad, Majlis Resepsi pihak Izatullina dan juga Majlis Resepsi pihak Abu Bakar. Saya amat gembira berkerja bersama pasangan ini. Mereka amat sporting dan amat memahami tugas saya mengarah mereka demi untuk mendapatkan momen yang dapat memuaskan hati mereka. Di bawah merupakan beberapa snapshot yang dapat saya capturekan untuk tontonan umum dan juga saudara mara mereka.

img_1795

majlis akad

majlis akad

izzatullina_abu-bakar3

izzatullina_abu-bakar41

Majlis Resepsi Pihak Perempuan
15 Mac 2009

izzatullina_abu-bakar7

izzatullina_abu-bakar5

izzatullina_abu-bakar6

Majlis Resepsi Pihak Lelaki
21 Mac 2009

izzatullina_abu-bakar10

izzatullina_abu-bakar8

izzatullina_abu-bakar9

Kasih Untuk Kekasih

Majlis Resepsi Nurul Ain & Al Hadi l Sungai Jagung, Sungai Petani

25 Disember 2008 l 27 Zulhijjah 1429

Majlis Resepsi ini berjalan dengan hujan renyai-renyai yang turun sepanjang hari, bermula dari saat majlis bermula hingga ke malam hari. Namun, ini tidak menghalang kemeriahan majlis ini berlangsung. Malah tetamu yang datang juga sentiasa ramai, memeriahkan majlis bersejarah buat Nurul Ain dan Al Hadi. Sekalung tahniah buat kalian berdua!!

nurul-ain_alhadi-2

nurul-ain_alhadi-3

nurul-ain_alhadi-1

Saujana Kasih Indera Kayangan

Majlis Resepsi Siti Halijah & Mashizam l Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan

20 Disember 2008 l 22 Zulhijjah 1429

siti-halijah1

siti-halijah2

siti-halijah3

« Older entries